Monday, September 1, 2008

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh


Salam sahabat, salam jihad fi sabilillah.Keterangan yang akan saya bawakan adalah berbentuk peringatan kita bersama sebagai seorang muslimah.Pernahkah kita terfikir apakah yang kita turuti dari segi ibadah kita bertepatan atau kerana hanya menurut hukum sehingga kita leka dan alpa.Tanya diri kita adakan kita, sudah bersedia dengan amalan seharian kita untuk dihitung kelak? .Kita umat Islam kita mesti akur dengan hukum Allah dan mungkin ada diantara kita beralasan seperti memandang enteng dengan hukum Allah serta menjadikannya ideologi (logos)semata-mata seperti kata-kata ini, “alah kalau dah tutup dah kira baiklah”Ideologi adalah ciptaan manusia .Alhamdulillah kalau kita sama-sama menyedari dan masih mempunyai kesedaran sedemikian(menutup aurat) tetapi apa yang saya ingin katakan perbaiki apa yang kita tahu itu kepada norma Islam yang sebenar, tidak kiralah ianya skop pakaian, perhiasan, hiburan dan amalan kita seharian sebagai seorang muslimah.Perkara ini tidak akan dibangkitkan sekiranya ianya tidak berlaku didepan mata, kerana tanggungjawab sebagai hamba dan bukan raja ianya menjadi kewajipan sebagai seorang Islam untuk memperingatkan antara satu sama lain.Suaikanlah pakaian yang kita iringi dengan tubuh kita berpaksikan Islam.Saya tampilkan subtajuk dibawah, sebagai renungan dan prinsip yang mesti kita turuti mengikut syariat Islam dan bukan ideologi manusia yang kita mesti tunduk kerana ketundukan kita kepada ideologi manusia hanya akan tersungkur apabila disoal oleh malaikat mungkar dan nangkir.Sempena bulan Ramadhan, sedia kita maklum syaitan dirantai dan kita beruntung kerana apa?, kerana kurang godaan tetapi pernahkah kita terfikir dan melihat sediri masih ada lagi insan yang terlekat untuk melakukan maksiat.Fikir-fikirkanlah kerana hanya nafsu sahaja dibekalkan dan juga ianya berkait rapat dengan hati.Baik yang kita lakukan bersihlah hati dan literalnya jantung tempat mengepam darah kalau tersumbat jadilah heart attack impaknya hitam hati gelaplah dan berterusan dalam kejahilan jadi it is never late to mend.dan ingat selagi mana bumi dipijak selagi itu Islam mesti dijulang kerana Islam memimpin kita.Sempena Ramadhan yang menjelang tiba, sentiasalah setting niat, upgrade iman, download sabar, upload usaha, delete dosa, update doa dan top-up ilmu dan selamat menjalani imtihan.

Sifat-sifat pakaian wanita Islam:

Secara ringkas berikut adalah sifat-sifat pakaian Wanita Islam, berpandukan Al-Quran (Surah An-Nur 31 dan Surah Al-Ahzab ayat 59) Hadith dan ajaran para ulama’ dan ukama’ Islam:

  • Pakaian itu mestilah menutup aurat.
  • Pakaian tidak nipis hingga terbayang tubuh badan dari luar.
  • Tidak ketat dan tidak sempit, tetapi longgar dan selesa dipakai.Menutup bahagian yang menarik pandangan lelaki dan menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
  • Pakaian itu tidak sekali-kali disemarakkan/ disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu kerana bau-bauan itu ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki ajnabi.Wanita yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah, sehingga lelaki menciumnya disifatkan oleh Nabi s.a.w. sebagai ‘zaniyah’ (pelacur/penzina).
  • Warna pakaian itu suram atau gelap seperti hitam atau kelabu sehingga tidak bernafsu lelaki melihatnya (ini terutamanya pakaian luar seperti jilbab abaya iaitu sejenis baju yang menutup seluruh tubuh).
  • Pakaian tersebut tidak menyerupai wanita-wanita kafir atau musyrik.
  • Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian lelaki (bertasyabuh).
  • Pakaian itu tidaklah liba’syurah iaitu pakaian bermegah-megah untuk menunjuk-nunjuk.

Wanita-wanita di tanah Arab zaman jahiliyah dahulu mendedahkan aurat mereka lebih kurang seperti wanita-wanita sekarang yang dianggap moden.Ada diantara wanita waktu yang berkelubung menutup kepala dan belakang leher, tetapi mendedahkan muka depan dan dada.Yang menyedihkan, di zaman ini pendedahan aurat lebih hebat dan dasyat dari wanita zaman jahiliah dahulu.Bolehkah diterima dakwaan wanita zaman ini bahawa cara berpakaian mereka adalah yang termoden, cara baharu dan mengikut peredaran zaman?, atau tidakkah cara mereka itu lebih primitif atau lebih jahiliah dari wanita zaman jahiliah dahulu?

Sahabat yang saya sayangi, berani berubah kerana kebenaran jangan kita takut kerana takut yang sepatutnya adalah kerana Allah.Sahabat yakinlah apa yang kita lakukan kerana kalimah seharian yang kita lazimi ikrar dalam solat, membezakan kita dengan umat lain iaitu LA ILAHA ILLA ALLAH (tiada tuhan melainkan Allah SWT.).Sayanglah dirimu keranaNya ingat mati bukan boneka kerana jika boneka yang kita katakan dalam al-Quran termaktub semua umat akan mati, sesungguhnya cukuplah mati sebagai peringatan kita bersama.

Semoga Allah mengurniakan kita taufik,hidayah, inayah kekuatan dan ikhlas untuk mengamalkan titah perintahnya.

Amin…….

Oleh: Cahaya cita-cita

1 comment:

adlin linda said...

sekadar persoalan kepada anda dan jika anda boleh memberikan respon. apa pendapat saudari tentang pemakaian pendakwah bebas pada hari ini. dgn solekan, dengan fesyen tudung dsb. sy x menyalahkan mereka mgkin mereka rasa kehendak semasa menjadikan mereka begitu asalkan tidak melanggar hukum agama. so komen anda? kalau boleh respon, sila ke blog sy rohafeqa.blogspot.com